Dramatis Mimi Ernida hari ini mencuri tumpuan ramai apabila penampilannya meniru gaya aktres popular Bollywood, Alia Bhatt tular di media sosial.
Menerusi perkongsian beberapa foto dan video, ramai memuji aksi Mimi yang salin tak tumpah seperti Alia Bhatt dalam filem Gangubai Kathiawadi.
“Betul ke sama? Sebab ramai yang cakap muka I sama macam Alia Bhatt,” tanya Mimi di Instagram secara umum.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikutnya termasuk rakan artis berpendapat bahawa dia benar-benar kelihatan menyerupai Alia Bhatt.
Sementara itu, perkongsian video Mimi yang memakai persalinan putih dan bersolek persis bintang Bollywood sensasi terbabit turut mendapat sambutan hangat warganet.
Sekadar rekod, Mimi atau nama sebenarnya Nor Shamimi Ernida Mansor mulai aktif dalam dunia lakonan sekitar tahun 2010 dan telah membintangi puluhan filem serta drama. – BOOM!