Heboh hari ini apabila penerbit terkenal A Aida bertindak menyaman dua pelakon popular iaitu Idris Khan dan Amelia Henderson berikutan melanggar perjanjian kontrak sebuah drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.
Pada satu sidang media yang diadakan di ibu kota hari ini, Aida mendakwa kedua-dua pelakon tersebut menarik diri pada malam sebelum penggambaran drama dijalankan.
Pun begitu, Idris, 33, ketika dihubungi memberitahu bahawa dia akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini.
“No komen, tunggu saja kenyataan rasmi daripada pihak kami,” jawabnya ringkas tanpa ingin mengulas lanjut.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Mereka Dah Melampau!” – A Aida Bakal Saman Amelia Henderson Dan Idris Khan
Terdahulu, A Aida turut berkongsi dia telah menanggung kerugian praproduksi kira-kira RM150,000.
Selain itu, A Aida turut mendakwa Amelia menarik diri daripada meneruskan penggambaran itu kerana skrip drama yang tidak mengikuti kehendak aktres terbabit. – BOOM!