Dilihat semakin seksi sejak bergelar ibu, Emma Maembong menegaskan dia mahu menjadi diri sendiri dengan memilih pakaian yang selesa.
Berharap netizen berhenti mengaitkan anak lelakinya, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismal, 30, memohon agar netizen mendoakan saja dia menjadi yang lebih baik.
“Saya hanya pakai apa yang selesa. Dari zaman remaja lagi saya pakai macam ni. Saya tak nak jadi orang yang dah kahwin, kena terus berubah. Biarlah saya menjadi diri sendiri.
“Sekarang ni saya cuma nak hargai hidup yang ada. Insya-Allah doakan yang baik-baik, satu hari nanti saya mesti akan pakai tudung balik.
“Setiap wanita memang kena pakai tudung, Insya-Allah saya akan berubah, jadi janganlah kaitkan anak saya. Setiap orang ada cara didikan anak,” kata Emma kepada mStar.
Pada Mei lalu, penampilan Emma yang dilihat menggayakan singlet putih ketat dan berseluar merah dan tampil mengubah gaya rambut dengan bertocang panjang dan mewarnakan biru mengundang kecaman.
Dalam pada itu, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta ini memberitahu dia kini mahu menjalani kehidupan dengan tenang bersama keluarga tanpa perlu bergaduh dengan netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: “Lepas Ni Buka Apa Lagi?” – Muat Naik Foto Seksi Berambut Biru, Emma Ditarbiah Netizen
“Bukan zaman saya dah nak ‘berperang’ dengan netizen. Lagipun saya dah capai impian nak punyai anak. Dulu masa muda lain lah, bila orang kecam, saya akan melenting,” akuinya.
Untuk rekod, pada 2020 Emma telah berkahwin dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar dan mereka dikurniakan seorang anak, Shafiq Gabriel. – BOOM!
Sumber: mStar