Sejak dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada Khamis lalu, tahap kesihatan pelawak legenda, Hamid Gurkha makin merosot.
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh anaknya, Ashira yang memaklumkan arwah meninggal dunia jam 2.11 petang tadi di usia 90 tahun.
Malah dia pernah dijangkiti virus Covid-19, namun pulih seperti biasa dan masih mampu berdikari dalam menjalani kehidupan seharian.
Mesra disapa Pak Hamid, dia mendirikan rumah tangga dengan Timah Abdul Hamid, 80, pada April 1957.
Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia.
Kali terakhir Pak Hamid berlakon menerusi filem Superbike The Movie bersama Kamal Adli, Shiqin Kamal dan Fizo Omar pada 2019. – BOOM!