YouTuber terkenal tanah air, Syahmi Sazli nekad menghentikan bisnes jualan air balangnya kerana tidak mahu terambil hak orang lain.
Menurut kenyataannya di Instagram dan Facebook, usahawan muda itu khuatir khemah gerai yang didirikannya itu mengganggu ruang parkir orang lain.
“Saya tak nak terusik hak orang lain apabila gerai ini didirikan di tempat yang tak sepatutnya.
“Atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan ini, bermula hari ini (Jumaat), saya tidak akan berniaga lagi,” jelasnya.
Justeru, rata-rata pengikut setia yang menyokong tindakan pengarah Mael Totey itu menyifatkan Syahmi seorang berhati mulia, malah tidak pentingkan diri.
Selepas tiga bulan menjual air balang, akhirnya YouTuber dan pengarah terkenal, Syahmi Sazli terpaksa menamatkan operasi perniagaannya itu hari ini.
Walaupun berjaya memungut RM19,000 hasil jualan pada minggu pertama bulan ketiga operasinya, Syahmi terpaksa menutup sementara perniagaan bersama 15 orang pekerjanya itu atas beberapa faktor antaranya risau terambil parkir hak orang lain.
“Hari ini hasil jualan cecah RM19,000 sepatutnya ada notis penutupan tapi kali ini ia mengejut, pekerja-pekerja saya tidak sempat mencari pekerjaan lain.
“Sebelum ini gaji RM200 ke RM300 seminggu, bonus pun dah kasi. Tapi hari ini saya akan bagi gaji RM1,000 seorang,” ujar Syahmi.
Menerusi video tersebut juga kelihatan beberapa pekerjanya men4ngis selepas keputusan penutupan gerai air balang tersebut. – BOOM!