Aktres cantik, Eyra Hazali dan suaminya, Haziq Nadzli terbuka untuk berkongsi beberapa keping koleksi foto anak keduanya, Muhammad Endra Haqimie di Instagram milik mereka.
Menamakan album Endra dengan nama @hes.journal sempena usianya yang sudah sebulan dilahirkan, ternyata aksi comel bayi pasangan itu mencuri perhatian para pengikutnya.
Berdasarkan foto-foto yang dikongsikan Eyra, kelihatan anak lelaki keduanya itu digayakan dengan beberapa persalinan kostum seperti Harry Porter, Pendekar Melayu dan macam-macam lagi.
Selain Endra, pasangan muda itu turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki sulung bernama Muhammad Hayder Khalish pada 2020.
Eyra sah bergelar isteri kepada penjaga gol pasukan JDT itu pada 2019. – BOOM!