Yazmin Aziz, penyanyi kacukan Melayu-Filipina mula dikenali menerusi program Big Stage 2022 dan berjaya menduduki tempat keempat.
Dia juga mempopularkan perkataan ‘bespren’ diambil daripada perkataan best friend yang disebut dalam loghat Filipina.
Baru-baru ini sewaktu dia sedang bercuti di Kota Kinabalu, Sabah, Yazmin turut berkongsi gambarnya di akaun Instagram dengan hanya memakai bikini.
Warga maya yang melihat foto tersebut lantas menegur cara pemakaian penyanyi remaja terbabit yang disifatkan mereka terlalu seksi kerana terlalu terdedah.
“Bespren, seksi sangat tu. Tak mahu macam tu bespren. Tutup aurat please…” – @chom_azlan
“Tapi dia tak kisah. Cara keluarga dia memang macam tu. So tegur pun tak jalan.” – @quote_oo01
Netizen juga berdoa agar Yazmin dapat mengubah diri untuk mula menutup aurat secara perlahan-lahan. – BOOM!