Siapa sahaja tidak sedih apabila nama ahli keluarga dipersendakan oleh sesetengah pihak. Lebih menyedihkan jika nama orang tua kita yang bekerja keras membanting tulang membesarkan kita.
Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi cantik, Shiha Zikir meluahkan kekecewaan dan kesedihan apabila nama ayahnya menjadi bahan jenaka warganet.
“Orang cakap, kau macam ini tiba-tiba pakai nama Zikir, sudahlah free hair,” katanya.
Walau bagaimanapun, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir mengatakan dirinya cuba untuk belajar bersabar agar tidak mudah melenting.
“Sekarang, saya tidak akan mengambil hati seperti dulu.
“Saya pernah balas dan marah apabila orang sebut nama Zikir main-main,” terangnya.
Menurut Shiha, sebagai seorang anak adalah tidak menjadi masalah untuk mengekalkan penggunaan Zikir sebagai nama pentas Ini kerana ia membuatkan dirinya berasa lebih dekat dan menghargai arwah bapa kesayangannya itu.
“Nama arwah ayah saya, Mohd Zikir dan saya meletakkan nama itu disebabkan dia yang mengajar saya menyanyi,” jelasnya.
Tambahan pula, penglibatannya dalam bidang seni kerana mahu terasa ‘dekat’ dengan ayahnya yang sudah lama pergi meninggalkannya. – BOOM!
Sumber: Gempak