Walaupun suami sering kali dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, namun pelakon Lisdawati Nazaruddin dilihat tenang dan tidak pernah sesekali melatah mengenai hal itu.
Menurut Lisdawati, 44, dia selesa untuk mengunci mulut kerana lebih mengenali luar dalam, baik dan buruk suaminya, aktor Fauzi Nawawi.
“Segala kontroversi, fitnah atau aib suami, saya akan zip mulut… sebab saya lebih kenal suami saya luar dan dalam.
“InsyaAllah, kalau Allah SWT izinkan, biarlah hubungan kami kekal sampai tutup mata.
“Isu apa sekali pun, kalau ada yang komen, saya doakan mereka kembali ke pangkal jalan dan lebih mendekatkan diri kepada Allah.
“Bagi saya, Allah lebih tahu dan kita sebagai manusia, jangan buat kerja dia,” katanya.
Sebelum ini, Fauzi, 49, terpalit kontroversi terlepas cakap isu rogol menerusi satu program temu bual yang disiarkan tahun lalu. – BOOM!