Baru-baru ini tular foto Ashira Aziz yang menyanyi di sebuah pub tanpa mengenakan hijab, sekali gus mengundang pelbagai persepsi negatif.
Menjelaskan spekulasi liar umum, Ashira atau nama penuhnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, akui dia tidak pernah mengumumkan sudah bertudung penuh.
“Seingat saya, tak ada pun saya maklumkan bahawa sudah memakai tudung sepenuhnya.
“Jika ada yang bertanya apabila nampak saya bertudung, saya cuma minta mereka doakan agar terus istiqamah.
“Hakikatnya, memang saya on and off. Ketika menguruskan rutin harian pun, ada waktunya saya keluar tidak memakai tudung,” akuinya.
Tambah Ashira, khalayak mungkin keliru kerana selama ini dia kurang berkongsi gambar di media sosial mengenai aktiviti hariannya. – BOOM!