Usahawan dan pelakon, Wak Doyok juga tidak ketinggalan ditanya mengenai perihal jodoh memandangkan usianya sudah mencecah 43 tahun.
Bagaimanapun, baru-baru ini ibunya menjadi viral apabila menjawab secara spontan ketika ditanya mengenai menantu pilihannya.
Menerusi satu video TikTok yang dikongsi oleh Majalah Nona, ibunya meluahkan hasrat tidak mahu bermenantukan wanita yang berstatus janda.
“Cari yang anak dara. Janda makcik tak nak! Kalau jodoh dia, tetap makcik tak nak!” kata wanita berusia 76 tahun itu.
Namun jawapan ibunya itu disambut dengan gelak tawa Wak atau nama penuhnya Mohd Azwan Md Nor yang kemudiannya membalas:
“Bukan makcik yang nak kahwin, tapi saya nak kahwin. Tapi susahkan kalau jodoh kita tak tahu,” jawab Wak mengusik ibunya.
Dalam temu bual santai itu juga, ibunya mendedahkan dia pernah mencarikan pasangan buat anak kesayangannya.
“Dulu ada tapi dia tak nak,” katanya ringkas.
@majalahnona Wak Doyok anak manja rupanya! Sayang betul si emak walaupun usia Wak dah 42 tahun. Tapi berkatnya harta @wakdoyok8055 sebab bahagiakan emak, tengoklah banglo mewah gaya vintaj ni, macam muzium Inggeris! #fyp #foryou #fypシ #fypmalaysia #fashion #mother #wakdoyok #gayadirumah ♬ original sound – NONA
Terdahulu, Wak pernah berkongsi mahukan seorang wanita yang boleh tinggal bersama ibu mentua kerana memikirkan keadaan ibunya yang sudah tua.
Dia juga sebelum ini pernah dijodohkan oleh ibunya dengan seorang gadis namun dia sendiri masih belum bersedia. – BOOM!