Pelakon jelita, Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki mengumumkan nama anak kedua mereka selepas tujuh hari dilahirkan.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, pasangan berkenaan memaklumkan pilihan nama dipersetujui ialah Mohamad Emirhan.
“Sebagaimana sunah nabi, setelah cukup tujuh hari, selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Mohamad Hanif yang bermaksud Princely Ruler.
“Alhamdulillah, semoga membesar jadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar serta berjaya di dunia dan di akhirat. Amin,” tulisnya.
Terdahulu, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata sulung, Mohamad Eidrees yang kini berusia dua tahun.
Manakala anak keduanya, Mohamad Emirhan dilahirkan pada Jumaat, 20 Mei lalu. – BOOM!