Dilabel sebagai wanita berpaha besar, Janna Nick akui pernah terdetik di hatinya untuk menjalani pembedahan kosmetik (bariatrik) untuk memotong ususnya.
Ini kerana, dia sering dikatakan gemuk oleh segelintir individu yang suka mendiskriminasikan saiz tubuh seseorang, terutama golongan selebriti sepertinya.
Janna atau Nurul Janna Muner, 27, berkata, dia amat tersinggung dengan kata-kata umum apabila menjadi mangsa ‘body shaming’.
“Selama ini aku tak pernah peduli orang cakap aku gemuk atau paha besar.
“Tetapi kali ini aku betul-betul terasa sampai nak potong perut. Aku akan buktikan aku boleh kurus!” luahnya di media sosial.
Menerusi tinjauan di Instagram miliknya, penyanyi lagu Gatal itu juga dilihat semakin kerap melakukan senaman di gimnasium.
“Biarlah orang nak sakitkan hati aku, yang penting aku sakitkan hati mereka,” katanya berprinsip. – BOOM!