Sekian lama menderita sakit misteri, penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias berkata, sudah pelbagai cara diikhtiarkannya sama ada perubatan moden, tradisional mahupun alternatif lain.
“Pagi tadi (Selasa), saya dah jumpa dua pakar kulit dan mereka kata saya tiada sebarang penyakit.
“Cuma mereka kata sakit yang saya alami adalah penyakit orang tua.
“Sebab itulah saya mohon bantuan sesiapa yang arif untuk bantu mengubati penyakit ini kerana bermacam-macam usaha sudah dilakukan,” ceritanya.
Ustaz Kazim berkata demikian ketika diundang sebagai tetamu jemputan dalam rancangan bual bicara hiburan, MeleTop baru-baru ini.
Namun di sebalik ujian dihadapi tokoh agama itu yang mendakwa dirinya disihir, timbul desas-desus mengatakan bahawa seramai enam individu dipercayai telah menyihirnya.
Menurut sumber, dua daripada enam orang yang menghantar sihir terbabit difahamkan sudah berjumpa dengan pendakwah berkenaan untuk meminta maaf, selain menyesali perbuatan mereka.
Namun persoalannya, bagaimana pula pendirian empat lagi individu yang masih berbaki dan siapakah gerangan kesemua ‘penyihir’ itu?
Apapun ayuh sama-sama kita mendoakan agar Ustaz Kazim dikurniakan kesembuhan dan syafaat. – BOOM!