Selepas Elfira Loy disahkan selamat bersalin, seorang lagi pelakon iaitu Anzalna Nasir turut melahirkan bayi keduanya semalam.
Berita itu diumumkan oleh suami kepada aktres jelita berkenaan, Muhammad Hanif Zaki menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Menurut Hanif, Anzalna sepatutnya membuat pemeriksaan kehamilan terakhir, namun Allah menzahirkan keindahan tersembunyi.
“Alhamdulillah, berkata Jumaat, anak kedua kami selamat dilahirkan.
“Ia sepatutnya menjadi kali terakhir Anzalna membuat pemeriksaan. Allah work in a mysterious way,” tulisnya.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto Hanif bersama Anzalna dan juga anak kedua mereka. Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan jantina anak mereka.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 2016 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees yang berusia dua tahun. – BOOM!