Pelakon dan usahawan, Shaheizy Sam akhirnya mendedahkan jantina serta wajah zuriat ketiganya kepada umum menerusi Instagram.
Suami kepada pelakon Syatilla Melvin itu turut mendedahkan nama permata hatinya dalam hantaran yang sama.
“Assalammualaikum… Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam here. Please be good to me, dear world. I’ll be your best friend,” tulisnya ringkas.
Sekadar informasi, Syatilla yang turut mesra disapa Tilla selamat melahirkan cahaya mata ketiganya di Hospital KPJ Ampang Puteri, Isnin lalu.
Imbas kembali, pasangan selebriti mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy. – BOOM!