Jenama Refal Hady semakin menjadi sebutan ramai selepas aktor itu membintangi drama Wedding Agreement.
Bukan hanya watak Bian dalam cerita tersebut dibualkan, malah kisah peribadi jejaka itu juga mula diperkatakan di media sosial.
Refal bagaimanapun memberitahu sudah terbiasa dengan hal tersebut dan kebanyakan perkongsian menjejaskan dirinya.
“Banyak video tentang saya dikongsi di laman sosial terutama TikTok.
“Ada juga klip rakaman saya merokok dan menari. Habis semua cerita saya dikeluar dan dipaparkan. Tetapi semuanya saya anggap biasa-biasa saja,” ujarnya berserah menerima nasib diri.
Dalam masa sama, segelintir netizen turut gemar ‘menjodohkan’ Refal dengan beberapa selebriti wanita.
Mengakui dirinya masih belum dimiliki oleh sesiapa, Refal sempat berkongsi ciri-ciri wanita idaman.
“Kriterianya mudah, Wanita itu harus bijak menyesuaikan diri, tekun mempelajari sesuatu dan sentiasa menjaga akhlak,” jelasnya berterus-terang. – BOOM!