Bagi menyelesaikan kes ugutan di laman media sosial miliknya, Puteri Sarah dikatakan akan menggunakan khidmat dua peguam.
Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu memberi menegaskan bahawa dia serius menyuarakan amaran tersebut.
“Jangan nanti kena isytihar muflis hingga merempat dan tinggal di bawah jambatan.
“Kita pakai dua peguamlah! Ke 20 peguam macam Siti Bainun? Ulat kecil macam ni dua peguam cukuplah,” tulisnya.
Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, pernah mengakui dia dan suaminya sudah tidak tinggal sebumbung lagi.
Namun begitu baru-baru ini, dia yang telah lama menyimpan perasaan akhirnya meluahkan segala yang dipendam.
Malah dia turut mendedahkan gerangan wanita yang dikatakan menganggu kerukunan rumahtangganya bersama Syamsul.
Wanita dimaksudkan itu merupakan ialah Ira Kazar, anak kepada seorang pelakon veteran iaitu Kazar Saisi.
Wanita tersebut dikatakan telah menggunakan pelbagai akaun palsu untuk mengacau ketenteraman Sarah di laman media sosial.
Terdahulu, Syamsul juga pernah membuat kenyataan memaklumkan dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan isterinya, namun menafikan mereka akan bercerai. – BOOM!