Suami yang baru saja menikahinya tiga bulan lalu iaitu Husain Dolah telah melafazkan talak satu terhadap dramatis veteran, Mak Wan Latah hari ini.
Lafaz cerai tersebut dilakukan Husain, 74, di dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin pukul 9.40 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Menurut laporan mStar, Husain selaku plaintif memfailkan tuntutan cerai itu pada 24 Mac lalu dan hadir ke mahkamah dengan ditemani anak, menantu dan peguamnya.
Mak Wan atau nama penuhnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, bagaimanapun tidak kelihatan di mahkamah atas alasan tertentu.
Menurut peguam Husain, pihaknya telah membuat serahan fail kes kepada Mak Wan sendiri pada 5 Mac lalu.
Sebagai rujukan, pasangan terbabit bernikah pada 22 Januari lalu di Ipoh, Perak dan merupakan perkahwinan ketiga buat personaliti veteran yang kuat melatah itu. – BOOM!