Tidak mahu insiden dipukul Radhi OAG kembali berulang, bekas isteri vokalis terbabit, Ayu Shahira membuat laporan polis atas faktor berjaga-jaga.
Ayu ketika berkongsi tentang kejadian tersebut, bekas suaminya itu bertindak kasar terhadapnya selepas permintaan untuk bergambar bersama ditolak.
“Ya, betul saja buat laporan polis. Itupun demi keselamatan saya. Tak nak nanti berulang perkara sama,” jelasnya kepada media.
Menerusi laporan media semalam, penyanyi berusia 45 tahun itu ditahan di sekitar kediamannya selepas disyaki menyerang dan memukul Ayu.
Kejadian berlaku ketika wanita berusia 27 tahun itu mahu menjemput anak lelakinya di rumah Radhi di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Pihak polis telah menahannya dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2017. – BOOM!