Pelakon jelita Korea Selatan ini ternyata seorang yang aktif dan gemar melakukan aktiviti lasak dalam hidupnya.
Meskipun sedang sarat hamil, Honey Lee tetap mengekalkan rutin hidup aktifnya termasuk di luar kebiasaan hingga menarik perhatian netizen dan peminat.
Terbaharu, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Iron Daughters In Law itu memuat naik fotonya mendaki di laman Instagram.
Pemilik nama sebenar Lee Hanee, 39, memuat naik sekeping foto dengan kapsyen berbunyi:
“Selamat hari Easter semua! Awak sedang menjalani hari berbunga dengan baik kan? Saya juga telah mendaki dan baik-baik sahaja bersama bayi di dalam perut ini. 32 minggu.”
Dalam foto itu, Honey Lee dilihat tersenyum gembira sambil memegang tongkat pendaki.
Meskipun tubuhnya kelihatan berat kerana pembawaan bayi dalam kandungan, dia tetap tersenyum dan bersemangat.
Bekas finalis Miss Universe 2007 itu berkahwin dengan seorang lelaki bukan selebriti pada Disember lalu dan mengumumkan mengenai kehamilan pertama itu pada Januari tahun ini.
Anak sulung pasangan itu dijadualkan bakal lahir pada Jun nanti. – BOOM!