Pelakon Wawa Zainal tidak menyangka anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa boleh melakonkan babak air mata dengan baik.
Menurut Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 31, Hayla juga mendapat pujian daripada pihak produksi kerana pandai menjiwai watak ketika melakonkan adegan sedih.
“Ya Allah tak sangka power betul berlakon air mata ek. Request air mata zass terus keluar. Crew-crew cakap macam ada suiz.
“Satu hari nanti kau akan terkenal satu Bukit Bintang dik. Nantikan drama hari raya Hayla nanti. Mak dia pun feeling tau nangis,” coretnya.
Hantaran itu turut disertakan dengan video pendek yang merakamkan gelagat Hayla menjiwai watak didukungnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji bakat lakonan Hayla dan tidak sabar untuk menonton drama tersebut.
Setakat ini video yang dikongsinya itu menerima lebih 100,000 jumlah tontonan di platform Instagram.
Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada tahun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2 dan Muhammad Fahri 4 bulan. – BOOM!