Selepas mendapat kelulusan penukaran jantina, kini usahawan sensasi, Nur Sajat berbangga dia sudah memiliki pasport Australia.
Pemilik nama penuh Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman itu berkata, dengan pasport berkenaan, dia kini boleh terbang ke luar negara, namun tidak akan pulang ke Malaysia
“Terima kasih kerajaan Australia. Akhirnya saya memiliki dokumen perjalanan (pasport). OMG gembiranya, dapat terbang ke awan biru.
“Sekarang passport kita warna biru tau. Tak sabarnya nak gi melancong.
“Sajat bolehlah terbang business trip dalam masa terdekat ni, tetapi kalau nak balik Malaysia tu, memang tak boleh,” jelasnya di media sosial.
Dalam hantaran sama, transgender itu berkata, dia sedia maklum mengenai keadaan kesihatan ayahnya yang kurang baik sejak minggu lalu.
Namun menurutnya, dia hanya mampu membuat panggilan video serta mengirimkan duit belanja saja buat ahli keluarga yang tinggal di Malaysia.
“Apa-apa pun, Kak Long dan mak selalu kemas kini pasal ayah saya, doakan baik-baik untuk keluarga saya, harap semuanya OK.
“Dan saya dapat pasport ini pun, saya nak travel untuk business trip saya, memandangkan bula 5 atau 6 ini kedai saya akan mula beroperasi…
“Kerja tetap kerja, hidup perlu diteruskan untuk rezeki anak amal dan keluarga tercinta saya,” tambahnya. – BOOM!