Antagonis drama Pukul Mersing yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi iaitu Izzy Reef, mendedahkan, dia dan beberapa individu lain dianiaya pihak produksi yang menerbitkan naskhah itu.
Izzy atau Izzy Zulkhazreef Zulkefli, 22, yang merupakan anak kepada Izzu Eva berkata, produksi terbabit tidak melunaskan bayaran lakonannya atas alasan didakwa punyai masalah disiplin di set penggambaran.
“Saya dikatakan sering lambat datang ke set. Malah saya juga dengar mereka komplen lakonan saya kurang menyerlah dan tidak ‘memberi’.
https://youtu.be/SEkbnPamaao
“Cara mereka sangat tidak profesional. Seolah-olah saya baru sehari dua berlakon!” katanya yang berpengalaman hampir 16 tahun dalam bidang seni bermula sejak zaman kanak-kanak lagi.
Bagaimanapun Izzy tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan dan menghalalkan wang upah yang masih berbaki.
“Tak apalah, saya halalkan. Jangan tranfer baki wang tersebut,” ulasnya ringkas.
Selain Izzy, Pukul Mersing membariskan pelakon lain seperti Azzam Sham, Fadhli Masoot, Farisya Iris, Cik B, Niezam Zaidi, Wanns Ahmad dan Namron. – BOOM!