Bintang muda, Atiq Azman yang semakin meningkat naik akui, amalannya mengambil wuduk setiap kali selepas mandi antara petua diamalkannya bagi menjaga kulit wajah agar gebu dan mulus.
Kata bekas penuntut sekolah tahfiz itu, rutin harian tersebut telah dilakukan sekian lama semenjak usianya mula menerjah ke alam remaja.
“Ini bukan jawapan klise, jujurnya saya memang berwuduk setiap kali selesai mandi. Itu saja tip atau petua yang saya amalkan, tiada yang lain.
“Saya bukan jenis orang yang jaga pemakanan seperti mana dilakukan sesetengah individu bagi mendapatkan kulit wajah segar dan sihat.
“Jadi, saya cuma berbekalkan doa dan air wuduk, selain berserah kepada Allah,” kongsi Atiq atau nama sebenarnya Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah, 22.
Dalam perkembangan lain, Atiq turut mengumumkan bakal mengeluarkan produk penjagaan wajah di bawah jenamanya sendiri iaitu FRESHATIQ tidak lama lagi. – BOOM!