Bagi merealisasikan impiannya untuk kelihatan cantik seiras anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa, pempengaruh terkenal Indonesia, Lucinta Luna sanggup ke Korea Selatan bagi melakukan pembedahan plastik.
Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Lucinta di laman Instagram miliknya selepas selesai menjalani prosedur pembedahan pada 23 Mac lalu.
“Selamat tingga Lucinta Luna” tulis pemilik nama sebenar Muhammad Fatah, 32, itu di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Lucinta pernah bertanyakan pendapat peminatnya tentang wajah selerbiti Korea Selatan paling sesuai dijadikan rujukan sebelum dia memuat naik gambar video Lisa dan kemudian menggelarkan dirinya Lucinta Blackpanther.
Dalam beberapa perkongsian lain di Instagram, jejaka transgender itu dilihat masih menjalani aktiviti harian seperti biasa dengan keadaan mukanya yang masih berbalut.
Dia yang kini menggelarkan dirinya sebagai Ratu Keabadian tidak sabar untuk menunjukkan wajah selepas pembedahan kepada peminat.
“Ratu Keabadian yang baharu, bukan Lucinta Luna lagi kerana bahagian kepala sudah diganti.
“Sudah kelihatan seperti wajah siapa? Tidak sabar untuk tunjukkan wajah terkini saya,” ujarnya. – BOOM!