Artis popular Brazil, Viviane de Queiroz atau lebih dikenali sebagai Pocah baru-baru ini dikejarkan ke hospital gara-gara menahan kentut.
Pocah yang berusia 27 tahun dibawa ke pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan setelah mengalami kesakitan di bahagian perut akibat tabiat tidak sihatnya itu.
“Saya terbangun awal kira-kira jam 5.30 pagi kerana perut terlalu sakit, lalu pergi ke hospital.
“Akan tetapi, saya baik-baik saja. Cuma terdapat pengumpulan angin yang terperangkap di dalam perut sebab tahan kentut.
“Lepas ni jangan malu kalau terkentut di depan lelaki. Lebih teruk jika membiarkan teman lelaki anda tidak dapat tidur malam dengan aman kerana terpaksa meneman anda ke hospital,” tulisnya di perkongsian di media sosial.
Justeru, Pocah berikrar kepada diri sendiri untuk membuang angin walaupun ketika keluar berpacaran. – BOOM!