Penyanyi lagu Stay, Justin Bieber bakal berada di Bukit Jalil pada 22 Oktober depan bagi menjayakan konsert jelajah dunia di Malaysia.
Berita ini dikongsikan di akaun Twitter semalam dan sekali gus menjadikan Justin, artis antarabangsa pertama mengadakan konsert berskala besar di negara ini semenjak dilanda pandemik.
Menerusi muat naik dikongsikan di Twitter Justice Tour Updates, Justin memilih Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapasiti lebih daripada 87,000 untuk penganjuran konsert jelajahnya di Kuala Lumpur kelak.
Bukan itu saja, konsert yang berlangsung selama satu hari itu akan memperdengarkan lebih 20 buah lagu pilihan khas untuk peminatnya seperti Somebody, Hold On, Desrve You dan banyak lagi.
Menerusi carian di laman Go Live-Asia yang menjual tiket konsert penyanyi bersuara emas itu, anggaran bermula daripada RM288 sehingga RM2,088 mengikut lokasi tempat duduk dipilih dan mula dijual pada 31 Mac 2022 ini. – BOOM!