Jutawan kosmetik Dato Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila berkongsi tips malam pertama menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam video itu, Aliff dilihat tidak memakai baju dan hanya meletakkan tuala di lehernya sambil menunjukkan beberapa tips buat pasangan suami isteri.
Bertujuan untuk mempromosikan produk khas lelaki keluaran syarikatnya, tips yang diberikan oleh Aliff itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Ia berikutan mereka khuatir hantaran itu akan dilihat oleh anak-anak serta pengikut Aliff yang berkemungkinan terdiri daripada remaja bawah umur selain terdapat beberapa aksinya seperti kurang sopan.
Bagaimanapun, segelintir pengikut usahawan itu memuji tindakan Aliff mempromosikan produk berkenaan kerana mampu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kesihatan dalaman lelaki.
Namun begitu, Aliff tidak memberikan sebarang respons terhadap kecaman mereka. – BOOM!