Bakat baharu yang terlibat dalam pembikinan video prank menyaksikannya mengamuk dalam sebuah kedai makan mengakui telah diugut seseorang.
Izuan Razali, 30, memberitahu media, rentetan ugutan diterimanya, dia bertindak membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara pada Rabu lalu.
“Saya melaporkan hal ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana merasakan keselamatan saya terancam.
“Orang yang mengugut itu saya tak kenal. Dia hantar mesej beritahu nak tembak dan pecahkan muka saya.
“Sebab itu saya datang ke balai polis ini demi melindungi diri daripada sebarang kejadian yang tak diingini,” maklumnya.
Pemuda berkenaan menambah, dia menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis untuk tindakan susulan yang sewajarnya.
@izuan_razali Siapa masak ni sedap oooo @kuningikanbakar ???????????? #Fyp #izuanrazali ????Kuning Ikan Bakar Jalan Alor ???? #kuningikanbakar ♬ original sound – Izuan Razali
“Kesempatan ini saya juga mahu meminta maaf kepada semua kerana merancang prank tersebut.
“Ia dibuat semata-mata bagi tujuan promosi bisnes milik tuan kedai gunting rambut berkenaan yang telah kami persetujui bersama,” akuinya. – BOOM!