“Paha gebu ada ukiran dah.” Itu antara komen pengikut di laman Instagram milik usahawan kontroversi, Nur Sajat mengenai tanda cacah pada pahanya yang dipercayai tatu.
Kemungkinan perkongsian yang dimuat naik empunya nama Muhammad Sajad Kamarzaman itu hari ini adalah semata-mata mahu mendedahkan buat pertama kali cacahan pada bahagian tubuhnya.
Sajat sebelum ini pernah membuat pengakuan berani memiliki tatu pada 16 Disember lalu setelah menjalani proses tersebut di Thailand.
Bagaimanapun ketika itu, Sajat enggan memaklumkan bahagian badannya yang dicacah tatu itu meskipun pengikut media sosialnya menggesa ditunjukkan bukti.
“Saya sudah ada tatu. Tapi tak perlulah saya nak bagitahu pada bahagian badan yang mana saya buat tatu. Saya baru je buat kat Thailand.
“Tak perlulah nak terperanjat atau tahu dari mulut-mulut orang yang kenal saya, it doesn’t matter ada tatu or what, ramai juga orang Muslim yang bertatu.
“Dan saya tidak pernah rasa kesal, tidak perlulah saya bercerita lebih lanjut,” katanya.
Mengulas dakwaan dia sudah murtad disebabkan sudah bertatu, Sajat menafikan perkara itu.
“Tidak semestinya ada tatu sudah murtad. Pasangan saya ada tatu, saya pun ada tatu. Kalau rasa dunia akhir zaman sebab ada tatu, itu kamu. Dunia saya tidak,” tuturnya lagi.
Menjengah di ruang komen lagi, ada pengikut yang berpendapat tatu dibuat Sajat itu kelihatan seolah-olah seperti selulit mahupun stoking.
“Masalahnya tatu kamu buat itu tidak cantiklah Sajat. Sudah nampak macam selulit pun ya. Nampak macam pakai stoking pun ada juga,” kata seorang pengguna akaun Instagram.
Namun setakat ini BOOM! tidak dapat memastikan sama ada tanda terdapat pada kedua-dua belah peha Sajat itu adalah benar-benar tatu ataupun tidak.