Bukan tidak mahu membina mahligai perkahwinan, namun bagi pelakon popular Korea Selatan, Jo In-sung ada alasan tersendiri menyebabkan dirinya masih solo.
Sudah semestinya ramai menantikan berita baik daripada lelaki yang bakal menyambut usia 40 tahun pada Julai depan memandangkan In-sung sekian lama membujang.
Pelakon yang terkenal menerusi drama What Happened In Bali tersebut tenang ketika menjawab pertanyaan seorang peminatnya tentang perkara itu.
Terbaharu, persoalan mengenai hal perkahwinan dijawab olehnya dalam program Unexpected Business 2.
“Saya belum berkahwin lagi. Bukannya saya tak mahu, tetapi saya tak boleh,” katanya.
Memulakan karier pada 1998 sebagai model, lelaki ini pernah dikhabarkan akan menamatkan zaman bujang pada November tahun lalu.
Namun ternyata ia hanya gosip semata-mata dan pelakon filem Escape From Mogadishu ini terus membiarkan peminatnya berteka teki dan dia menyimpan rapat rahsia mengenai hal perkahwinan. – BOOM!