Wang ringgit atau sahabat, mana satu pilihan anda? Pertanyaan itu dilayangkan oleh penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan.
Tegasnya menerusi perkongsian hantaran di Instagram, untuk berjaya jangan ada rasa malas dan perlu selari dengan tindakan.
Katanya, majoriti menginginkan wang lumayan untuk melunaskan komitmen tetapi tiada usaha.
“Ramai yang jawab nak RM100,000. Memang betul bukan, semua perlukan duit sekarang. Nak berikan kebahagiaan pada keluarga, bayar hutang, segala macam perlukan duit.
“Tapi siapa yang nak bagi RM100,000 dekat kita? Dan kita tahu kita perlukan duit itu. Sekarang persoalan seterusnya, kenapa kita tidak cuba usahakan untuk dapatkannya?
“Ajak kawan yang ada niat dan impian yang sama, usaha sampai jadi. Tak mustahil untuk kita dapat dan ada RM100 ribu bukan? Jangan sekadar berharap tetapi lakukannya,” tulis Nana yang mempunyai bisnes jenama sendiri yang diasaskan sejak 2018. – BOOM!
Pinjam duit