Disahkan positif dijangkiti wabak Covid-19, Luqman Faiz mengakui ia merupakan tempoh paling lama dia berada di dalam bilik sepanjang menjalani kuarantin sejak lima hari lalu.
Menurut Luqman perkongsiannya di laman Instagram, dia akan berkurung selama tujuh hari seorang diri memandangkan anggota keluarganya yang lain didapati negatif daripada jangkitan tersebut.
“Hari keempat still tested positive, tetapi Alhamdulillah tak demam, tinggal batuk je. Family semua negative.
“Rasa macam dah setahun duduk dalam bilik, bulan bentuk apa eh?” tulisnya berseloroh di ruangan kapsyen.
Sementara itu, Luqman atau Luqman Abdul Halim Faiz, 22, meluahkan, dia berasa amat risau dengan keadaan ibunya.
“Ini kerana, saya selalu luangkan masa dengannya. Mujurlah keputusan ujian calitan ahli keluarga lain semuanya negatif,” kongsinya.
Menurut Luqman, dia bersyukur kerana tahap kesihatannya semakin baik berbanding tiga hari lalu yang menyaksikan dirinya menghidapi demam teruk. – BOOM!