Diundang sebagai juri undangan konsert kedua Big Stage (BS 2022) malam tadi, Aina Abdul menyifatkan Iqbal Zulkefli selaku individu yang luar biasa.
“Dia sangat luar biasa. Jujurnya, dia seorang yang bijak dan pandai mencari peluang.
“Keberanian yang ada dalam dirnya sukar untuk dimiliki oleh orang lain.
“Lagipun persembahannya tak teruk, cuma diakui dia memang banyak ketinggalan berbanding peserta lain,” katanya mengagumi kecekalan usahawan muda itu.
Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 29, berkata demikian ketika ditemui sejurus berakhirnya persembahan minggu kedua BS 2022 yang menyaksikan penyingkiran Iqbal.
Sementara itu, Iqbal atau nama penuhnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, yang menyampaikan lagu bertajuk Ketahuan nyanyian asal Matta Band cuma memperolehi markah keseluruhan berjumlah 9.2 peratus. – BOOM!