Penyanyi terkenal, Ariff Bahran dan isteri, Amirah Syazwani Ridzuan, masing-masing disahkan positif Covid-19 pada Khamis lalu.
Ariff atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 24, disahkan telah dijangkiti wabak selepas mengalami beberapa simptom ketara, disusuli isterinya pada hari yang sama.
Kini, setelah empat hari dijangkiti penyakit tersebut, Ariff akui keadaannya lebih baik berbanding sebelum ini.
“Saya rasa keadaan saya lebih baik hari ini, cuma masih tekak masih terasa sakit dan batuk,” ulasnya tentang keadaannya terkini.
“Pergi ke klinik pada pukul 4 petang untuk melakukan ujian rapid test kit (RTK) dan saya disahkan positif Covid-19.
“Pada mulanya, saya ingatkan dijangkiti virus di set drama. Namun kru-kru produksi sudah menjalankan ujian saringan mendapati mereka negatif.
“Sejujurnya, saya sendiri tidak pasti dari mana dapat wabak ini dan kini saya sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah,” ujarnya.
Selain itu, Ariff mengingatkan supaya semua pihak terutama yang bekerja agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan. – BOOM!