Penularan wabak Covid-19 ibarat tidak berkesudahan memandangkan kes positif di Malaysia semakin meningkat termasuk beberapa negara lain di seluruh dunia.
Malang tidak berbau buat penyanyi dan pelakon popular, Nabila Razali apabila dia disahkan positif ujian Covid-19 untuk kali yang kedua.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 30, mengumumkan berita bahawa dia dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu di akaun Instagram hari ini.
“Duka citanya ingin memaklumkan bahawa saya telah dijangkiti virus Covid-19 buat kali kedua. Banyak kerja yang terpaksa saya tangguh dan batalkan untuk 10 hari mendatang.
“Saya ingin memohon maaf kepada pihak penganjur dan sesiapa juga yang terkesan dengan berita ini.
“Mohon doakan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala. Covid is real guys and it’s still out there. Stay safe,” tulisnya di bahagian kapsyen.
Sebelum ini penyanyi yang popular dengan lagu Peluang Kedua itu pernah dijangkiti virus yang sama sekitar April tahun lalu. – BOOM!