Mengambil kira jumlah kes positif yang dilihat semakin meningkat, pihak Astro atas rasa tanggungjawab menunda siaran langsung Anugerah Meletop Era 2021 yang dijadualkan malam esok.
Berdasarkan kenyataan rasmi dikeluarkan stesen televisyen berkenaan, tarikh baharu majlis anugerah tersebut akan dimaklumkan kemudian.
“Menerusi ujian prasaringan yang perlu dilakukan oleh semua pihak terlibat, hasil keputusan mendapati sejumlah individu perlu dikecualikan termasuk ada yang harus menjalani perintah kuarantin kendiri.
“Walaupun mereka telah dikesan dari awal, namun Astro harus ambil langkah berjaga-jaga dan enggan mengambil risiko,” memetik kenyataan itu.
Justeru Astro memohon maaf kepada semua pihak terutama barisan artis yang tercalon dan diundang membuat persembahan serta penonton setia. – BOOM!