Pasangan pengantin baharu, Datin Seri Heliza Helmi, 36, dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, 38, beroleh rezeki terpijak apabila sekali lagi diraikan dalam satu majlis pada malam Sabtu lalu.
Berlangsung meriah di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor, pakej resepsi itu dihadiahkan Mila Jirin selaku pemilik empayar bisnes perkahwinan, merangkap teman baik kepada pengantin perempuan.
Mengangkat tema Malam Islamik, acara berkenaan turut meraikan simbolik 15 tahun ikatan ukhuwah persahabatan antara Mila dan Heliza.
Terdahulu, Heliza mengejutkan ramai pihak tatkala membuka tirai tahun 2022 sementelah bernikah pada 1 Januari lalu.
Bercerita lanjut, Heliza atau Nur Heliza Helmi pada mulanya agak keberatan untuk menerima tawaran Mila, namun akhirnya mengalah kerana mengenangkan kemekaran persahabatan mereka berdua. – BOOM!