Berita kematian bintang drama Snowdrop iaitu Kim Mi-soo di kala usianya baru mencecah 31 tahun ternyata mengejutkan industri hiburan Korea Selatan.
Berdasarkan laporan Soompi, khabar duka itu disampaikan oleh agensinya, Landscape Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi memaklumkan aktres berkenaan mati secara mengejut pada 5 Januari lepas.
“Kami ada khabar yang terlalu berat untuk diumumkan. Pelakon Mi-soo telah meninggal dunia semalam (5 Januari).
“Keluarga dan sahabat terdekat sangat berduka cita mendegar berita menyedihkan ini.
“Justeru kami memohon agar tiada khabar angin berbentuk spekulasi disebarkan demi menghormati perasaan semua pihak yang terbabit dan masih terkejut atas pemergiannya,” memetik kenyataan itu.
Bagaimanapun, hingga saat ini, punca kematian aktres tersebut masih belum diketahui. – BOOM!